RSS Feed

KSSALD anjur pertandingan Skateboard terbuka Sabah

Posted on

Lahad Datu : Sempena memperingati setahun peristiwa peperangan Tanduo, Kelab Sukan Skateboard Aman Lahad Datu (KSSALD) telah menganjurkan ‘Skateboard Competition Vol  5’ terbuka Sabah di sini, baru-baru ini.

 

Pertandingan tersebut yang telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen P.188 Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta di mana terdapat 8 buah daerah mengambil bahagian dalam pertandingan itu. Antaranya, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Labuan, Tenom, Kunak, dan Semporna.

 

Menurut Nasrun, penganjuran program seperti ini amat digalakkan bagi mengasah bakat anak-anak muda yang berpotensi untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.

 

“Pertandingan skateboard ini merupakan penganjuran pertama diadakan di daerah Lahad Datu yang melibatkan  penyertaan dari pelbagai daerah. Sebagai wakil rakyat, saya akan memberikan sokongan penuh kepada belia-belia Lahad Datu dan membantu apa adanya dan syabas juga diucapkan kepada KSSALD kerana berjaya menganjurkan program seperti ini,” Nasrun.

 

Sebanyak tiga kategori telah dipertandingkan dalam pertandingan tersebut  iaitu ‘Best Run Under 18’, ‘Game of Sk8 Box’ dan  ‘King of Rail’ dimana menyaksikan Mohd Azmir Abd Rahman merangkul juara bagi kategori ‘Best Run Under 18’, manakala naib johan dimenangi oleh Gunawan Hartono dan Suriansyah Sinring di tempat ketiga. Ketiga-tiga pemenang tersebut berasal dari Lahad Datu.

 

Bagi kategori ‘Game of Sk8 Box’ pula, gelaran juara dirangkul oleh Mohd Talib Aliudin (Lahad Datu), Nurkimar Aliudin (Lahad Datu) di tempat kedua, dan Azlan Kadir (Kunak) ditempat ketiga.

 

Azman Kadir pula merangkul gelaran juara bagi kategori ‘King of Rail’, diikuti Muhizan Muhedin dan Mohd Talib Aliudin masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

 

Kesemua peserta yang menang membawa pulang hadiah berupa sijil penyertaan, hamper dan wang tunai.DSC_0344 DSC_0379 DSC_0385 DSC_0407 DSC_0411 DSC_0432 DSC_0445 DSC_0465 DSC_0470 DSC_0472

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

Lapangan Terbang baru Lahad Datu Bernilai RM700 Juta terima maklum balas positif

Posted on

644123_738581652824767_1327904174_n

Parlimen : Maklum balas positif diterima oleh Kementerian Pengangkutan daripada pelbagai agensi yang terlibat berkaitan keperluan pembinaan sebuah lapangan terbang baru di Lahad Datu.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (BN-Silam) yang ingin tahu adakah kementerian telah mempertimbangkan kelulusan pembinaan lapangan terbang baru di Lahad Datu atau membaik pulih lapangan terbang sedia ada.

Hishammuddin berkata, antara agensi yang memberi maklum balas positif berkenaan pembinaan lapangan terbang baru di Lahad Datu ialah Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Unit Perancang Ekonomu, Pejabat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Kementerian Kerja Raya, Syarikat-syarikat penerbangan tempatan dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)

Tambah beliau, kerajaan juga telah melaksanakan satu kajian fisibiliti bagi mengkaji cadangan pembinaan lapangan terbang di Lahad Datu dan intipati daripada kajian ini adalah terdapat keperluan untuk mewujudkan lapangan terbang yang baru di Lahad Datu bagi menggantikan lapangan terbang sedia ada yang akan melibatkan kos sebanyak RM700 juta.

 

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

KRT jentera penyampai maklumat di peringkat akar umbi – Nasrun

Posted on

Lahad Datu : Bagi memastikan masyarakat diberi perhatian yang sewajarnya, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) perlu menjadi jentera di peringkat akar umbi yang akan menjadi salah satu saluran penyampai maklumat.

Wakil Rakyat Parlimen Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur menjelaskan, KRT merupakan tempat kebergantungan masyarakat. Oleh sebab itu KRT perlu memastikan masyarakat sentiasa dalam keadaan aman damai, memupuk semangat kerjasama masyarakat setempat dalam mengawal serta menjaga keselamatan kawasan kediaman.

“Oleh itu, saya menyeru agar KRT bergerak aktif dalam melaksanakan semua aktiviti kerana sehingga  tahun 2014 terdapat 39 buah KRT telah diwujudkan di kawasan Parlimen Silam berbanding hanya empat KRT sahaja pada tahun 2004,” Nasrun.

Disamping itu, tambah Nasrun lagi KRT dapat mengeratkan hubungan silatulrahim antara semua penduduk dan juga merupakan sebuah Jawatankuasa sukarela dibawah pengawasan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang ditadbir sendiri oleh penduduk setempat .

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Mutiara Kasih Lahad Datu di sini kemarin.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Lahad Datu, Iman Ali, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Lahad Datu, Mohd Fauzi Abd Kadir, Ketua Daerah Lahad Datu, Sulaiman Pg Atok, Pegawai Perpaduan Cawangan Lahad Datu, Junaidi Simon, Pengerusi KRT Pangsapuri Mutiara Kasih, Bantala Jamad, Katua Puteri Umno Silam, Zuraidah Asdian.

DSC_8638 DSC_8769 DSC_8648 DSC_8600 DSC_8580 DSC_8526 DSC_8546 DSC_8555 DSC_8570

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

3 Rumah hangus terbakar : Mangsa dapat perhatian wakil rakyat.

Posted on

Lahad Datu : Wakil Rakyat P.188 Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur hari ini meluangkan masa melawat mangsa kebakaran yang melibatkan tiga buah rumah di Kg Bugis Batu 1 semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi, Mohd Darwis Atun 56, rentung dalam kebakaran yang dikatakan berpunca daripada litar pintas manakala mangsa lain berjaya menyelamatkan diri.

Menurut seorang mangsa yang juga merupakan Ketua Cawangan UMNO Silam Kg Bugis Batu 1 1/2, Lakaco Lapati, api yang merebak begitu cepat menyebabkan mereka tidak dapat menyelamatkan harta benda dan hanya tinggal sehelai sepinggan.

Nasrun yang diiringi Pegawai Khas beliau, Datu Rashid Datu Mansur meluangkan masa hampir sejam melawat mangsa dan turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada mangsa.

Beliau turut menyatakan rasa simpati kepada mangsa dan akan membantu apa yang termampu dan berharap keluarga mangsa tabah menghadapi ujian yang menimpa mereka.

 

DSC_8402 DSC_8407 DSC_8409 DSC_8413 DSC_8415 DSC_8419 DSC_8425 DSC_8435 DSC_8445 DSC_8453 DSC_8482 DSC_8459

 

 

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

Komersialkan penanaman Sayur Pucuk Manis-Nasrun

Posted on

Lahad Datu : Penduduk dalam kawasan P.188 Silam disaran mengamalkan penanaman sayur pucuk manis yang mempunyai banyak manfaat dan berpotensi untuk dikomersialkan.

Oleh sebab itu, Wakil Rakyat P.188 Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur meminta kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan bagi menjalankan projek penanaman sayur pucuk manis di sekitar kawasan Lahad Datu.

“Saya cadangkan Jabatan Pertanian mengadakan satu program untuk memberi taklimat kepada penduduk yang berminat untuk menjalankan penanaman sayur pucuk manis ini supaya penduduk dapat memahami dengan lebih mendalam kaedah menanamnya,” Nasrun.

Tambah Nasrun, FAMA juga boleh menjalankan peranan mereka dalam bidang pemasaran melalui pemasaran sayur pucuk manis supaya sayur ini dapat dikomersialkan dan khidmat nasihat daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) juga amat dialu-alukan.

Nasrun berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat kali pertama Majlis Pembangunan Luar Bandar (MPLB) peringkat Parlimen P.188 Silam, Lahad Datu yang turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Daerah En Juraimin Haji Jadil, Penolong Pegawai MARA Lahad Datu, Abdul Kadir Sariman, dan wakil daripada agensi-agensi kerajaan.

MPLB berperanan untuk menjadi pemudah cara dalam isu-isu pembangunan luar bandar di bawah skop KKLW dan membantu KKLW mamantau pelaksanaan projek di samping meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan.
DSC_6807 DSC_6810 DSC_6806

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS